Want your
own Fotopage?










 
Welcome To Our World

By: Mama Ayah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Monday, 3-Sep-2007 10:47 Email | Share | | Bookmark
4th Day - Disneyland

 
 
 
View all 47 photos...
Hari nie last for us kat Disney. Esok dah nak balik. Hari nie mama kena start pack coz nak kena check out from Disney Hollywood Hotel and check in di Disney Hotel plak. Ayah sajer jea book 2 hotel nie. Nak datang lagi ke HK tak tau bilakan... bila dah ada kat situ why not try stay kat 2 different hotel. Dah lepas check-out and buat arrangement untuk transfer all our things to Disney Hotel, we headed to Disneyland again. Ini kira memang jalan abislah coz last day kan. Around 3 we went back coz nak kena check-in kat Disney Hotel. Dah dapat bilik, maisara and ayah tido. Mama cuba nak tido tapi tak bleh. Tak tau apasal.

Lepas maisara and ayah bangun, kitaorang bersiap-siap untuk pegi Disneyland. And this time stay sampai tengok fireworks. Kira sampai Disneyland tutuplah baru balik.

Mama happy sesangat bila tengok Maisara memang enjoy herself. Kira berbaloilah ayah bawak dia pegi ke Disneyland as her birthday present. Mungkin dia tak berapa paham sangat but when she getting older and tengok balik gambar-gambar and video mesti dia ingat balik. Hope so...

Care to comment?


Monday, 3-Sep-2007 01:00 Email | Share | | Bookmark
Disneyland - 3rd Day

 
 
 
View all 67 photos...
Hari nie plak we had our breakfast dalam bilik. Malas betul nak bangun awal pagi and then kena beratur panjang untuk breakfast di Chef Mickey Restaurant. Penat dan lenguh-lenguh kaki pasal jalan lama semalam pun masih terasa lagi. We went to Disney pun lambat nearly afternoon. Today weather panas giler. Takde setitik hujan pun yang turun. Mama seperti biasa memang tak tahan panas. Peluh tuh tak payah cakaplah... kulit dah rasa macam kena goreng ajer.

Today, we went those places yang tak pegi lagi. Macam Pirateland, The Disneyland Story and many more. Sebelum memulakan tour, makan dulu. Maisara plak tido. Eloklah sangat. Dapatlah makan dengan tenang. Masa tengah menjamu selera, datanglah satu group Arab nie.. siap pakai purdah hitam. Cuma nampak bijik mata ajer. Mama tak taulah camner dorang tuh boleh tahan weather yang sesungguhnya panas terik dengan pakai purdah hitam tuh. Kita yang pakai simple nie pun masih kepanasan. Inikan pakai purdah hitam cuma nampak bijik mata ajer. Kalau mama, mau cair segala lemak-lemak kat badan nie. Mengalahkan mandi sauna. hehehe But the men tak plak pakai jubah. Dorang pakai t-shirt & 3/4 short. Berlainan sungguh.

Mula ingatkan nak stay sampai closing, boleh tengok fireworks. Tapi mama dah tak larat nak tunggu. So.. ayah kata kita tengok esok ajerlah. Esok ada lagi. So baliklah kami ke hotel. Dah simpan barang kat room, kami turun bawah and had dinner kat Studio Lounge. Ayah order pizza and mama order thai mee hoon goreng ( nama sebenarnya tak ingat). The pizza memang sedap, crispy. Tapi yang mee hoon tuh kalau ada cili sos memang sedap. Malangnya takde. Cuma yang ada tomato sos.

Care to comment?


Sunday, 2-Sep-2007 22:12 Email | Share | | Bookmark
2nd day - Disneyland

 
 
 
View all 55 photos...
Today is the big day. Pukul 7.30 maisara sudah bangun. Kalau kat rumah pukul 7.30 dia masih dibuai mimpi lagi. Kalau kejut bukan main susah nak bangun. Maisara bangun-bangun ajer dah sibuk 'mickey'. So.. dah siap-siap semua, kami keluar for breakfast di Chef Mickey Restaurant. Malam sebelumnya ayah dah buat reservation for breakfast pukul 9 tapi bila pegi rasa tak buat reservation pun takpe coz kena beratur jugak. Masa sampai tuh orang punya panjang beratur. So.. we decided nak jalan-jalan kat garden hotel. Lepas dah puas jalan-jalan, masa tuju ke hotel nampaklah orang masih beratur. Mama cakap kat ayah, better beratur ajerlah.. kalau nak tunggu orang takde rasanya time breakfast pun dah abis. So.. beratur jugaklah. Adalah dalam 10 ke 15 min kot baru dapat masuk.

Lepas breakfast kami balik ke room coz ayah nak buat 'pelaburan' sebelum pegi Disneyland. Maisara plak nak minum susu. Dalam kul 11 camtuh kami pun naik shuttle bus ke Disneyland. Shuttle bus melambak. Kalau terlepas satu, tak sampai 5 minit datang lagi satu. So.. tak perlu risau.

Sampai ajer disneyland, orang dah ramai. Mama and ayah pun start ambil gambar/video. Maisara plak perut sudah kenyang, muka macam nak tido plak. Weather masa tuh panas yarabi. Nasib baiklah mama pakai t-shirt putih & tudung putih.. so kuranglah rasa panas. Tapi terbakar gaklah kulit.

1st time visit memang excited sungguhlah. Mama plak pantang nampak gift shop mesti nak masuk. Kat hotel pun ada gift shop tapi mama tak beli apa coz ayah cakap dalam disneyland ada banyak gift shop. Sungguhpun most of the gift shops jual benda yang sama tapi ada gak benda yang takde kat 1st shop tapi ada kat 2nd shop. So.. kenalah bukak mata sikit. hehehehe..

Sebelum sampai kat Sleeping Beauty Castle, kami keluar masuk kedai sepanjang jalan nak ke castle. Ada photo shop, crystal shop, gift shop, cafe, jewellery shop and many more. Masa lepas gate masuk, dapat ambil gambar garden betuk mickey mouse. Siap ada photographer tunggu nak ambil gambar. Yang ini kena bayar tau. Gambar kena collect di photo shop. Berapa dia charge, mama kureng pasti coz ayah tukang bayar. hehehe... On the 1st day ke Disneyland kami dapat ambil gambar dengan maisara's fav character. Ada ambil gambar pakai camera sendiri (disney staff tolong ambilkan) dan pro photographer ambil. Masa pegi collect gambar di photo shop, semuanya 8 keping. And ayah kena bayar dekat HKD700 kot. Mama kurang pasti. Nak kena check dengan ayah.

Care to comment?


Sunday, 2-Sep-2007 21:36 Email | Share | | Bookmark
Holiday in Disneyland Hong Kong

 
 
 
View all 29 photos...
Tarikh: 28 Ogos 07 - 1 Sept 07
Destination: Disneyland Hong Kong
Maisara's birthday present from ayah

Post mama yang lepas ada mama post yang kami tidak buat birthday party for maisara coz we gonna celebrate somewhere else. Dekat sebulan ayah arrange this holiday specially for his princess. Tunggu punya tunggu akhirnya tibalah 28 Ogos 2007. Ini kira our holiday paling jauh dan ini adalah kali pertama bagi maisara naik flight. Risau gaklah coz dia tak penah naik flight before this. Journey plak 4 hours. Kalau balik Penang tuh dah biasa 4 hours. Dalam keta dia tido ajer. But this time lain, naik flight.

Our flight pukul 2.00pm. Okeylah tuh... sebelah pagi tuh mama masih sempat lagi buat last minute packing. Taxi datang around 10.30. We reached airport around 11 something.Sampai ajer airport terus check-in. Lepas check-in we headed to Mc D untuk makan ringan-ringan. Dalam pukul 1 camtuh barulah pegi departure terminal. Maisara, alhamdulillah tak buat perangai. Dia enjoy every second. We went to Hong Kong naik Cathay Pacific. The staff, service & food semuanya best. Masa dalam flight stewardess CP bagi bag full of colour pensil, colouring book & note book. Ini kira untuk kids tak rasa boring dalam flight. Masa dalam flight maisara behaved. Dia sibuk mengkaler and enjoy movie dalam flight. Mama rasa senang hati bila tengok maisara ok. Mama pun enjoy tengok movie jugak.

Around 6 camtuh dah sampai kat Hong Kong Airport. Tak lama pun nak tunggu luggage. Lepas tuh terus ke taxi and check in Hollywood Hotel.

Masa 1st day of arrival we didn't go to Disney coz sampai pun dah kul 6 lebih. Dengan tunggu ayah check in dah pukul berapa. So on the 1st day tuh juz spend time kat hotel and tido for tomorrow.

Care to comment?


Saturday, 18-Aug-2007 02:35 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday Maisara!!

 
 
lemonade
View all 26 photos...
Hari ni adalah harijadi Nur Maisara Syazwani bt Sharul yang ke-2. Happy Birthday My Sweetheart. Sudah 2 tahun anak mama nie. Banyak development dia dapat mama lihat eventhough mama nie is a working mother. Apa perkembangan baru yang mama tak dapat tengok (be the 1st person), nenek tak lupa call mama kat office untuk bagitau. Thank you nenek for taking care Maisara while i'm away to work.

Maisara is a good girl. Sekarang nie dia sudah pandai tolong mama. Bila time nak mandi, dia lebih suka buat sendiri e.g. bukak baju sendiri, bukak pampers sendiri & gosok gigi pun nak sendiri gak. Konon dah besarlah. Bila dah bukak baju dia akan terus masukkan baju dalam laundry basket. Suka tiru gaya kita especially bab melawa nie. Nama pun anak pompuan. She can count 1 to 10. She can sing and dance. Banyak lagilah yang dia boleh buat. Kalau nak list down memang panjang menjela ler FP mama. Biarlah mama and ayah ajer yang tau what you can do.

Since hari nie adalah harijadi Maisara, mama and ayah tak buat pun birthday party coz we gonna celebrate her birthday somewhere else next week. Cuma we had dinner at chilli's and shopping for her. Memang hari sabtu tuh memang shopping semuanya untuk dia. Mama sendiri pun tak shopping untuk mama. Mama tak decide lagi what to buy for her birthday present. Mungkin mama akan beli masa pegi holiday next week.

Again, Happy Birthday Maisara. Ayah & Mama always love you.






heppy 2nd bday dear maisara, semoga jadi anak yang soleh bila besar nanti helo dear cousin..how are you?lama tak tanya khabar kan?hehe.. Fri 24-Aug-2007 22:13
Posted by:dbab  - [Link]
happy belated besday maisara! Mon 27-Aug-2007 03:51
Posted by:mummy sara
happy belated besday maisara! Mon 27-Aug-2007 03:55
Posted by:mummy sara
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 8-Aug-2007 07:17 Email | Share | | Bookmark
Puasa

 
 
 
Hari nie mama baru nak mula ganti puasa. So far.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma bila sampai time makan perut ada rasa pedih-pedih. Biasalah baru hari pertama. After 2 mins camtuh back to normal. Mama penuhkan masa mama dengan surfing internet, update apa yang patut & tido dalam surau. hehehehe Bos mama takde hari nie. In the morning he got outside meeting lepas tuh kena pegi Batu Pahat plak. Esok pun dia takde gak. Esok tak tau apa nak buat.

So.. tadi during lunch time mama ambil kesempatan pegi melawat Ikea. I bought a few things (mostly for Maisara). Pilih punya pilih.. bila time membayar tak sangka plak nak cecah RM100. Bila dah ada anak nie.. kalau gi shopping memang banyak shopping untuk anak jea. Masa tengah ronda-ronda dalam Ikea, nampak new furniture dah arrived. Menarik gak. Kalau rumah dah siap nanti bolehlah hias rumah dengan barang Ikea itupun kalau ayah nak dok rumah baru tuh. Ayah dah cakap kalau nak decorate rumah dia nak yang simple ajer. Tak suka sarat dengan furniture nanti nak kemas susah. Lagi satu.. kumpul habuk ajer.

Lepas Ikea, mama pegi tengok rumah kami. Dah lama rasanya tak pegi melawat. Last visit memang banyak dah siap including the swimming pool, jalan sudah tar. Guard house memang dah lama siap. So.. tadi bila sampai depan guard house, mama tak nampak pun workers and lorries. Semua dah complete rupanya. Mungkin the developer tengah tunggu approval from MBPJ kot for CF. Selalunya kalau dah dapat CF, developer mulalah buat majlis penyerahan kunci. Mama ingat tadi naklah jengok tengok tapi tak boleh coz dorang tutup jalan nak masuk. Sempat gaklah mama ambil gambar dari luar.



p/s: Alhamdulillah.. mama dapat ganti puasa dengan jayanya. Esok nak puasa lagi. Nak cuba abiskan ganti puasa sebelum pegi holiday. Insyaallah

You're invited.Kindly reply here http://iman-umairah.fotopages.com.Thanks! Fri 17-Aug-2007 08:54
Posted by:Julie  - [Link]
Nicela finishing dia. Kat mana ni kak Hali? Macam kenal la bukit kat belakang tu...hihihi...area2 kota damansara ke? Tue 21-Aug-2007 18:43
Posted by:Irene Yaya  - [Link]
nak tahu jugak rumah u beli kat drimba blok mana? i pun beli situ jugak... berjiran la kite. Mon 4-Feb-2008 13:46
Posted by:shida norsheeda78@hotmail.com
Add comment


Monday, 6-Aug-2007 20:17 Email | Share | | Bookmark
Rojak Rojak

air barli barli
the deco
 
View all 7 photos...
Sebenarnya dah lama nampak restoran Rojak Rojak nie cuma tak penah menyinggah ajer. Masa makan pancake di The Curve ada gak teringin nak try makan kat Rojak Rojak. So.. last friday mama ajak kawan-kawan opis pegi The Curve. Selesai urusan di bank, masing-masing perut sudah pun lapar. So.. we headed to Rojak Rojak. Mula sampai kat depan pintu we survey the menu first. Menarik gak menu dia. Bila masing-masing agreed kitaorang pun carik meja yang strategic.

Comment about the food: okey.. memang sedap. Ada ala-ala China dan Melayu.





hhmmm... nampak menarik sungguh should try one of these day Tue 7-Aug-2007 04:48
Posted by:anonymous
aduh!!! meleleh air liuq tengok gambar ... Tue 7-Aug-2007 04:53
Posted by:ur silence reader
Dah pergi dah masa balik haritu.
Dia punya sotong kangkong amat lah sedap ...dan PEDASSS !
Tue 7-Aug-2007 05:04
Posted by:Rini
Add comment


Monday, 6-Aug-2007 15:43 Email | Share | | Bookmark
Ayah bought Wii

 
 
 
View all 5 photos...
2 minggu lepas ayah main game Wii adik dia. Last Friday ayah dah beli pun Wii. Baru best sikit kalau nak main coz sendiri punya. Mama jenis yang tak berapa suka sangat guna barang orang. Bukan apa.. kalaulah rosak.. sudah kena bertanggungjawab plak.

So... hari sabtu tuh mama dengan ayah main bowling and mama dapat beat ayah. Tapi bila tennis.. mama kalah pada ayah. I need to practice more. Berpeluh gaklah main Wii nie kalau lama-lama.


cool game Mon 13-Aug-2007 08:04
Posted by:jazz
Add comment


Thursday, 2-Aug-2007 16:31 Email | Share | | Bookmark
Apa saya buat bila bos takde?

which one nice - black
or brown?
this design pun cantik
View all 4 photos...
Yesterday my bos was outstation and today he is on leave. Raya hindu sungguh mama 2 hari nie. Apa mama buat bila bos takde? I clear up all works yang tak sempat ku siapkan masa bos ku ada (e.g. buat filing ler.. apa lagi). I hate filing tapi terpaksa gak buat. Kalau tak buat.. ia semakin banyaklah. Bila dah abis.. baca newspaper plak. Kalau ada magazine baru.. baca magazine plak. Bukan main sungguh mama kan.. macam ofis bapak dia plak. Then barulah surfing internet sampai dah tak tau nak surf apa dalam internet.

After lunch tadi mama sajer je masuk website 'COACH' (my fav brand). Scroll... scroll punya scroll.. click sana.. click sini.. baru hari nie mama perasan lawa gak purse-purse COACH nie. Kalau ada rezeki lebih, insyaAllah end of this year i want to get COACH purse for myself. Tapi kalau ada nak hadiahkan as anniversary present lagi elok. hehehe... Memang dialu-alukan.

Paper PhD bos tak buat lagi. Malas sungguh nak siapkan paper PhD bos. Benci dengan format tahun nie.. manyakkkkk lecehhh

Care to comment?


Thursday, 2-Aug-2007 09:22 Email | Share | | Bookmark
Maisara Demam

Maisara demam??? Iya... Maisara demam. Mungkin sekarang nie musim demam kot. Anak kawan ofis pun demam gak. Hari Selasa cousin dia Adriana demam. Semalam Maisara plak demam. Malam tadi bawak dia jumpa doktor (demam biasa jumpa doktor biasa ajer melainkan kalau dah 2 hari tak baik-baik barulah bawak jumpa paed), rupanya dia demam pasal tekak dia merah. Macam kena tonsil plak. Patutlah dia kurang berselera. Ayah plak dah risau anak dia demam. Mama cakap kat ayah, okeylah dia demam sekarang dari dia demam dah nak dekat hari nak pegi bercuti. Dan mungkin demam nie, demam nak pandai kot. Iyalah... lagi 2 minggu Maisara akan masuk 2 tahun. Lepas balik dari klinik, mama terus bagi dia makan ubat. Harap-harap cepatlah dia sembuh.


Gambar ni plak gambar sehari sebelum dia demam. Bukan main suka dia dapat colouring book.


Macam merebak pulak aktiviti demam ni... musim kot, ala kecian tgk maisara.. Mon 6-Aug-2007 12:20
Posted by:Irene Yaya  - [Link]
Add comment


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.