|
|
| Sunday, 6-Jan-2008 00:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
1st week of Jan 2008
|
|
Mama masih lagi selsema dan batuk-batuk tapi tak seteruk macam hari Khamis. Demam dah okey. So.. sekarang nie mama cuma kena makan ubat batuk, lendir dan antibiotik. Maisara plak dah tak batuk tapi hidung dia kejap kering kejap tuh nampak hingus meleleh keluar. Ingatkan nak kasi dia main dalam swimming pool tapi rasanya kasi dia sembuh betul-betul dululah.
My PIL sudah balik from Brunei tapi this time dorang balik kejap ajer. Next thursday they are going back to Brunei semula. Seminggu ajer. Maisara tak berapa rapat dengan nini and atok sebelah ayah pasal jumpa pun hujung minggu ajer. Atok dan Nini kalau ada kat sini pun paling lama pun sebulan ajer. Lepas tuh... jumpa hujung minggu ajer. Camner ler budak nie nak rapat dengan dorang.. kan??? Maisara tak penah lagi ke Brunei.. i think one day nak kena bawak maisara ke Brunei jumpa moyang, nenek sedara, atok sedara, auntie, uncle and cousins dia.
Weekend we didn't go anywhere. Dok melepak kat rumah ajer. Lagipun masih tak sihat. Cuma on friday (otw balik kajang singgah jap) we had dinner di KFC JJ Cheras Selatan.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 4-Jan-2008 23:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Demam
|
|
Kesian kat mama... awal tahun ajer dah kena selsema dan batuk. Mungkin berjangkit dari Maisara kot coz Maisara pun kena selsema dan batuk. Mama plak kalau selsema memang senang kena. Mungkin kurang vitamin C kot. Hari Rabu tuh mama pegi gak kerja coz masa tuh still boleh tahan lagi. Tapi bila dah dok dalam ofis ber-aircond dari pukul 8 pagi sampai pukul 5.30 petang mesti selsema bertambah-tambah teruk. Bila tiba waktu malam.. badan panas plak. Esok pagi memang tak larat nak bangun. Inform bos kata mc. Nasib baiklah kerja semua dah selesai. So.. kira hari jumaat bos nak pegi Penang dan Kedah.. takde masalah lah. Hotel dah booked... document yang dia nak bawak pun dah siapkan. Jumpa doktor... doktor kasi mc 2 hari. Dapatlah mama rehat 4 hari campur sabtu dan ahad. Isnin depan kena bangun awal .. dah tak boleh bangun lewat pasal orang semua dah masuk keja. Jalan mesti start jem lerrr...
Hari Khamis (semalam) lepas makan tengahari, mama pegi kedai baru bukak (belakang Carre4). Dorang ada buat macam baby fair. Nak kata barang-barangnya murah.. tak jugak. Mama ada ler beli baju tido untuk Maisara 3 pasang dan pencuci botol. Tadi lepas orang sembahyang jumaat, mama pegi lagi kedai tuh. Tapi kali nie beli susu plak coz tengah ada best buy. Mama kalau on mc memang dok rumah. Kalau takde sebab memang tak keluar. Lebih suka membuta dari merayau kat shopping mall. Merayau kat shopping mall mesti duit keluar punya. hehehhe... Tapi pagi tadi ada gak teringin nak pegi Pavilion. Itu pun pasal teringatkan pada donut J Co yang sungguh lembut dan lazat itu. Tapi disebabkan tunggu Maisara bangun lewat, nenek plak keluar.. mama pun cancellah plan nak ke Pavilion. Lain kalilah pegi.
Eh!!! dah midnite rupanya. Tak perasan plak. Patutlah mata nie macam berat semacam ajer. hehehe.. lagipun baru lepas makan ubat batuk dan demam. Memanglah ngantuk. Okeylah... mau beradu. Byeee!!!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 1-Jan-2008 21:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
First entry for 2008
|
|
Ini first entry mama untuk tahun 2008. The whole morning tak pegi mana-mana, juz dok di rumah. Lagipun maisara kena selsema and batuk. Mama pun sudah kena selsema jugak.. berjangkit dari Maisara. Mama nie jenis yang senang kena selsema. Tak tau apasal. Mungkin kurang vitamin C kot. Anyway.. since today weather is soooo hot, mama malas nak keluar. Kalau nak keluar pun mungkin petang-petang kot.
Petang plak pegi Pavilion. Masuk ajer parking.. mak datuk!!! B1 and B2 full. Sampai ke B3.. barulah dapat parking. Mama tak enjoy sangat shopping hari nie coz ayah sibuk layan kawan dia tuh. Memang spoiled my shopping mood ajer. Sungguhpun shopping mood dah takde tapi pegi jugak ke JJ WM. Itupun pasal nak beli barang Maisara. Kalau tak pasal nak beli barang Maisara.. memang terus balik rumah.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 31-Dec-2007 11:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Tahun Baru!!!
|
|
Tinggal lagi beberapa jam ajer nak masuk ke tahun baru. So... dah ada azam untuk tahun baru ke? Macam kita nie takdelah buat azam baru... kita continue azam yang mana tak sempat nak capai. hehehe
So.. dengan ini jugak kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk wish Selamat Tahun Baru kepada yang datang menjengok ke FP ini.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 31-Dec-2007 00:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Splash!! Splash!!
|
|
Last friday mama ajak kawan opis pegi TGs and MV coz mama nak carik new swimming pool for my little Maisara. Swimming pool yang ayah beli hari tuh bukannya tak boleh pakai.. actually masih boleh pakai lagi cuma dah agak kecil untuk Maisara. So.. masa kat MV, mama round satu Toys R Us and JJ. Tak jumpa jugak. So mama try pegi Carre4. Jumpa jugak yang mama nak carik dan yang Maisara nak. Swimming pool ada gambar Mickey Mouse and Minnie Mouse. Before this mama pegi Carre4 kat WM takde. Carre4 MV ada itupun last. Yang lain semuanya gambar cartoon Looney Tunes (betul ke ejaaan dia?).
On saturday tu.. ayah dah siap bukak swimming pool and siap-siap penuhkan dengan air. Maisara plak masa mula-mula dari dalam rumah dia dah punyalah suka bila tengok ada swimming pool kat laman. Macam excited sungguh. Tapi bila kita suruh dia masuk... hampeh!! dia boleh jawab "tak moh". Puas mama dan ayah masuk dalam swimming pool tuh nak tunjuk kat dia swimming pool tuh tak dalam mana pun. Tak taulah apasal dia takut semacam ajer. Ayah dia masukkan dia jugak dalam pool tuh. Mula-mula dia menjerit tapi lepas tuh bila nampak pelampung mickey terus senyap. Tapi yang kelakarnya dia berdiri ajer... tak gerak kemana.. dan tak duduk pun. Bila pelampung jauh dari dia... dia boleh suruh kita plak yang ambil. Mama siap tukar baju and join dia sekali dalam pool. Bila dah lama sikit barulah dia nak jalan-jalan dalam pool tuh. Lama lagi barulah dia nak duduk. Adeh!!! sabar ajelah layan kerenah anakku sorang ni. Bila dah lama sangat dalam pool, ajak dia keluar... dia boleh suruh kita ambil gambar plak. Tuh tanda dia masih nak berendam lagi tuh. Carik alasan ambil gambar konon. Naik berbelang badan Maisara pasal berendam sampai pukul 2 ptg. Naik kecut jari jemari dia.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-Dec-2007 09:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Malassssssnya nak keja
|
|
Hari ni rasa malas sungguh nak pegi keja. Mentang-mentanglah asyik cuti ajer. Pagi tadi pun punyalah liyat nak bangun. Dah tutup alarm boleh plak sambung tido semula.. nasib baiklah tak terbabas. hehehe Pegi ofis pun lambat... dalam kul 7.20 baru keluar rumah. Nasib baiklah jalan tak banyak kereta... sempatlah sampai opis before 8. Kalau time budak sekolah .. keluar rumah kul 7.20 alamatnya sampai ofis lambatlah. Bila dah ada di ofis rasa malas sungguh nak buat kerja. Takde mood langsung. Ini sajer update FP pasal nak dapatkan mood semula nie. Tapi rasanya macam tak dapat ajer.
| Quote: | | Ini sajer jer letak gambar Maisara. Nak kasi berseri sikit FP hari nie. |
| Quote: | | Hari isnin kita pegi Ikano sebab nak gi bayar hutang kat Alliance Bank. Dah lepas tuh singgah jap kat Ikea cari tempat sangkut baju tapi takde yang kita nampak dalam buku dia. Masa nak balik tuh, kawan plak kata nak cari botol air untuk anak dia. So.. masa naik escalator tertengok kedai Aussino ada sale. Kita plak dah lama tak beli bedsheet. Bedsheet yang ada dah naik boring tengok. Since tengah sale pastu kalau jadik member dapat discount lagi, kita pun beli 2 bedsheet dan 1 set towel untuk my little maisara. |
(sajer carik satu color terang dan satu lagi color pastel)
(budak Aussino kasi punyalah banyak table calendar.. macam boleh jual plak )
|
|
|
|
|
|
| Monday, 24-Dec-2007 04:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
JJ Cheras Selatan
|
|
Hari sabtu tak pegi mana-mana. Juz dok kat rumah ajer. Mama plak sibuk dengan laundry dia, memasak dan menghabiskan masa depan tv lepas tuh tv tengok dia. hehehehe... Bila tiba malam, ayah ajak pegi JJ Cheras Selatan (itulah shopping mall yang paling dekat dgn rumah). We had dinner di Secret Recipe. Maisara seronok sungguh bila tengok waiter letak ice-cream depan dia. Siap tak sabar nak terjah M&M atas ice-cream. Sambil tu makan spaghetti. Dah lepas tuh pegi supermarket coz ayah nak beli plastik sampah. Otw nak ke parking, singgah plak kat tempat toys. Maisara nie pantang nampak Mickey Mouse. Naik rambang mata dia dibuatnya... tak tau nak pilih yang mana satu. Akhirnya... dia pilih yang ini --->
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-Dec-2007 10:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Raya Haji '07
|
|
Hari raya haji tahun nie sambut di keramat ajer tak macam tahun lepas sambut di penang. My inlaws ada kat brunei. Kitaorang balik kajang pun malam. Raya haji taklah semeriah macam raya puasa. My brother tak dapat balik. Dia ada kat Thailand. After X'mas baru dia balik for 1 week. Kitaorang beraya kat rumah my auntie lagipun nenek pun ada kat situ. Lepas beraya di rumah auntie terus balik rumah dan tidoooo. Iyalah perut dah kenyang.. apa lagi yang boleh buat kan?. hehehe..
Around 5 pm mama sudah mula packing untuk balik Kajang. Before balik kajang.. we went to OU. Ayah nak beli dinner kat Subway. Masa sampai kat OU old wing ada program with Barney. Dapatlah tengok kejap. Kat OU decoration for X'mas memang cantik. Kalah Pavil*on. Dah penat jalan, shopping and beli dinner kat Subway kitaorang pun balik ke Kajang.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 20-Dec-2007 08:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Shopping B4 Raya Haji
|
|
Okey... sebelum citer lebih lanjut, mama di sini ingin mengucapkan kepada sesiapa yang masuk ke FP ini, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.
Semalam program mama ialah mengular. Takdelah.. hehehe.. mentang-mentanglah bos takde. Sebenarnya semalam ramai menggunakan kesempatan untuk menyelesaikan apa yang patut sebelum pergi bercuti. Macam mama dan kawan kami pergi menyelesaikan apa yang patut. Dan ada jugak yang pegi menambahkan pelaburan di ASB sebelum tarikh tutup iaitu esok (Jumaat). Lepas selesai urusan kami, kami menghala ke MV. Baru pukul berapa parking sudah penuh. Soo.. terpaksalah park keta di TG. Sebenarnya nak pegi MV tapi disebabkan park kat TG kenalah berjalan jauh sikit. Mama mula ingat tak nak beli apa-apa tapi ada ler bawak balik 3-4 shopping bag. hehehe.. tapi semuanya barang kecik-kecik ajer. Kawan mama yang susah betul nak tengok dia shopping sakan, semalam macam tak percaya ajer tengok dia shopping. hehehe... almaklumlah... sudah masyukkkkk...
Mama stop di sini dulu. Nak bersiap untuk hari raya. Nak kena kejutkan si Maisara nie.
(antara barang rampasanku)
(makanan tengahari ku)
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 18-Dec-2007 09:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
J Co Donut
|
|
J Co Donut menjadi sebutan warga KL sekarang nie. Mama kali ke-3 ke Pavilion barulah dapat beli J Co Donut. Itu pun ambil fast track. Kalau nak pilih donut yang ada lebih dari 20 rasa tuh memang tak sanggup nak beratur. Panjang giler. Mama sanggup pegi Pavilion hari nie semata-mata pasal J Co Donut. Dahsyat sungguh pengaruh donut nie. Mama pegi dengan kawan ofis. Lepas beli J Co Donut, hantar dulu donut tuh ke kereta. Sebelum lunch kitaorang pegi MAC coz kawan nak beli lipstik. Sekarang nie di Pavilion kalau kita spend more than RM100 dapat free parking for 2 hours. Kawan mama spend more than RM100 so dapatlah free parking. Lepas tuh kami makan tengahari di Teppan-yaki. Seperti biasa mama ambil beef teppanyaki. Next time nak try dia punya salmon coz tengok orang sebelah order macam sedap ajer. Otw nak balik opis, jalan jem giler plak. Hari nie jugak merupakan hari yang rasanya tak boleh dilupakan. First time mama stop kat petrol station nak tumpang toilet. hehehehe... tak tahan kencing. Rasa cam nak meletup bladder ku. Masa kat Pavilion tak rasa plak nak terkencing. Adeh!!! Dah lepas kosongkan bladder ku.. barulah dapat drive dengan tenang. hehehe... (Pengajaran hari nie untuk mama: kalau dah tau nak gi jalan-jalan, jangan minum air banyak sangat. Nanti kena pinjam toilet kat petrol station plak. hehehe)
|
|
|
|